Ahad, 2 November 2008

Smiley pack upin dan ipin…

Aku nak perkenalkan smiley pack versi upin dan ipin.. ade 8 kesemuanya.. Guna la sampai lebam




untuk pengguna blogspot.. ni script… Nak tau camne nak pasang?? tengok kat sini.. kepada pengguna wordpress nah download la smiley pack ni pastu gunakanlah wp-grins ye…

Jumaat, 31 Oktober 2008

Nujum Pak Belalang....relakskn minda....

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah
dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang
menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti
UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke
dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah
UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO
memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara
dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar
pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita
dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di
kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada
toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media
Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya..
Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan..

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!!
Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

nih versi original dia......

Khamis, 30 Oktober 2008

Hilangkan Tanda Anak Panah Icon Di Desktop.

















Pernahkah anda perhatikan ikon-ikon di desktop anda penuh dengan tanda anak panah. Maybe nampak seperti tidak cantik pada desktop anda. Lihat dibawah cara-cara untuk menghilangkan arrow shortcut tersebut.
Berikut adalah cara untuk menghilangkan anak panah shortcut pada desktop anda:

1. Klik Start -> Run...
2. Taip "regedit" dalam kotak Open.
3. Buka folder satu persatu mengikut aturan berikut :

My Computer\ HKEY_CLASSES_ROOT \ lnkfile ( lnkfile = LNKFILE)

4. Pada bahagian kanan anda akan nampak registry IsShortcut.
5. Klik kanan pada IsShortcut, dan pilih Delete. (Jangan risau, sistem pc anda tidak akan rosak.)
6. Keluar dari regedit dan restart komputer anda untuk keberkesanan sepenuhnya.
7. Lihat tanda anak panah ikon shortcut anda telah hilang. :-p

Banyak lagi tip-tip akan menanti anda. Jumpa lagi..
Ninja Pendisk - Halang Virus Yang Datang Dari USB Drive

Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB thumb drive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.

Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.

Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Komen aku : Saya percaya ini adalah software yang bagus untuk beginner dalam mencegah virus dari USB.

Kelebihan : Saiz yang kecil, aplikasi portable dan ada LAN chat client.

Cons : Fail konfigurasi yang agak sukar untuk beginners. Sila lihat file ninja.txt apabila anda menggunakannya.

Muat turun ianya di [sini]

English version can be found at Life4Hire


Rabu, 29 Oktober 2008


Earn money from relevant ads on your website

Google AdSense matches ads to your site's content, and you earn money whenever your visitors click on them.


Buat blog dapat duit!
Nak tahu rahsia membuat wang tanpa modal dengan Adsense?
Panduan Raja Adsense merupakan panduan adsense pertama dalam Bahasa Melayu sejak tahun 2006. Ianya merupakan panduan mudah & bergambar. Kini ia juga mempunyai video tutorial khas untuk membantu anda buat duit dengan Google Adsense! Selamat mencuba!!

Theme Multi-Patcher (Tukar Tema Windows XP anda)

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak bagi tutorial lak. Dah lama dah aku guna cara ni cuma saja nak buat entri pasal benda ni. Korang tahu cara untuk tukar tema Windows XP? Aku bukan nak tunjuk pandai ke apa... memang tak pandai pun. @sengihnampakgigi bagi yang dah tahu tu kira ok la... kot2 ada yang belum tau lagi.

Windows XP ni salah satu keistimewaannya, menggunakan "visual styles" yang guna fail "*.msstyles" dalam cakera keras... tapi yang tak bagusnya Microsoft tak bagi orang lain buat tema sendiri... kedekut betul kan? kita cuma buleh guna yang diorang dah buat....

Ada satu perisian yang bagi kita kebebasan untuk tukar tema Windows XP ikut suka kita... kalau yang pandai buat tema sendiri lagi bagus... tapi kalau yang tak pandai buleh download kat internet... kat bawah sekali aku ada bagi 'link' kat mana buleh dapat tema-tema Windows yang cantik.... kalau teringin... tema untuk Windows Vista pun ada.




Klik UXTheme Multi-Patcher (Neowin Edition 6.0) untuk muaturun perisian.

Selain guna perisian ni...buleh gak guna WindowBlinds tapi kena bayar...tak pun guna LiteStep tapi tak digalakkan sebab kena ada kepakaran... bagi kita yang biasa-biasa ni... yang paling baik perisian ni je... ni pendapat aku la....

Camna nak 'install' perisian ni...

1. Pastikan Windows yang digunakan adalah Windows XP, service pack 1, service pack 2, service pack 3 ataupun Windows Server 2003, service pack 1. Ini je yang sesuai.... jangan dok gatal tangan nak 'install' kat versi lain lak. CD installer windows XP jangan letak kat CDdrive lak tau (silap, sendiri tanggung ye...)

2. Lepas tu muaturun perisian kat atas...

3. Lepas muaturun, kena buka zip untuk fail tu... buleh guna perisian percuma macam 7-Zip... dah tu, klik “UXTheme Multi-Patcher (Neowin Edition) 6.0.exe” untuk mulakan....

4. Klik pada butang “Patch”.

5. Kemudian akan ada amaran “Windows File Protection”.... tekan 'Ok" je.

6. Bila keluar pulak "Please insert your Windows XP Setup CD...." toksah ikut tau... dengan suka hatinya diingatkan sekali lagi... JANGAN sesekali masukkan... cuma tekan 'Cancel' je....

7. Lepas tu akan keluar lagi arahan suruh 'restart' komputer... JANGAN buat lagi!

8. Keluar lagi arahan “Are you sure you want to keep these unrecognized files versions?”... klik je 'Yes'...

9. Dah.... buleh la kalau dari tadi gatal tangan... dah buleh 'restart' dah @jelir

Kat bawah ni senarai laman web yang ada sediakan macam-macam jenis 'Visual Styles'... yang aku selalu masuklah... ada gak yang lain tapi malas pulak aku nak taip @siul

Customize.org
DeviantArt
CrystalXP
Getskinned.org

Tu je la kot... kalau rasa-rasa penah baca tutorial pasal ni kat tempat lain... yang lebih senang difahami, silakan la... lain orang lain caranya... saja nak berkongsi maklumat je. Lagipun bukan selalu aku buat entri. @setan
Giveaway of the Day
Giveaway of the Day
Every day we offer licensed software you'd have to buy otherwise, for free! Today's giveaway is Sax2.
Ax3soft Sax2 is a professional intrusion detection and prevention software (NIDS) which excels at real-time packet capture, 24/7 network monitor, advanced protocol analysis and automatic expert detection.

The program is available for $69, but is free for the visitors of shahrulhaikal.blogspot.com today.