Rabu, 29 Oktober 2008


Earn money from relevant ads on your website

Google AdSense matches ads to your site's content, and you earn money whenever your visitors click on them.


Buat blog dapat duit!
Nak tahu rahsia membuat wang tanpa modal dengan Adsense?
Panduan Raja Adsense merupakan panduan adsense pertama dalam Bahasa Melayu sejak tahun 2006. Ianya merupakan panduan mudah & bergambar. Kini ia juga mempunyai video tutorial khas untuk membantu anda buat duit dengan Google Adsense! Selamat mencuba!!

Theme Multi-Patcher (Tukar Tema Windows XP anda)

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak bagi tutorial lak. Dah lama dah aku guna cara ni cuma saja nak buat entri pasal benda ni. Korang tahu cara untuk tukar tema Windows XP? Aku bukan nak tunjuk pandai ke apa... memang tak pandai pun. @sengihnampakgigi bagi yang dah tahu tu kira ok la... kot2 ada yang belum tau lagi.

Windows XP ni salah satu keistimewaannya, menggunakan "visual styles" yang guna fail "*.msstyles" dalam cakera keras... tapi yang tak bagusnya Microsoft tak bagi orang lain buat tema sendiri... kedekut betul kan? kita cuma buleh guna yang diorang dah buat....

Ada satu perisian yang bagi kita kebebasan untuk tukar tema Windows XP ikut suka kita... kalau yang pandai buat tema sendiri lagi bagus... tapi kalau yang tak pandai buleh download kat internet... kat bawah sekali aku ada bagi 'link' kat mana buleh dapat tema-tema Windows yang cantik.... kalau teringin... tema untuk Windows Vista pun ada.




Klik UXTheme Multi-Patcher (Neowin Edition 6.0) untuk muaturun perisian.

Selain guna perisian ni...buleh gak guna WindowBlinds tapi kena bayar...tak pun guna LiteStep tapi tak digalakkan sebab kena ada kepakaran... bagi kita yang biasa-biasa ni... yang paling baik perisian ni je... ni pendapat aku la....

Camna nak 'install' perisian ni...

1. Pastikan Windows yang digunakan adalah Windows XP, service pack 1, service pack 2, service pack 3 ataupun Windows Server 2003, service pack 1. Ini je yang sesuai.... jangan dok gatal tangan nak 'install' kat versi lain lak. CD installer windows XP jangan letak kat CDdrive lak tau (silap, sendiri tanggung ye...)

2. Lepas tu muaturun perisian kat atas...

3. Lepas muaturun, kena buka zip untuk fail tu... buleh guna perisian percuma macam 7-Zip... dah tu, klik “UXTheme Multi-Patcher (Neowin Edition) 6.0.exe” untuk mulakan....

4. Klik pada butang “Patch”.

5. Kemudian akan ada amaran “Windows File Protection”.... tekan 'Ok" je.

6. Bila keluar pulak "Please insert your Windows XP Setup CD...." toksah ikut tau... dengan suka hatinya diingatkan sekali lagi... JANGAN sesekali masukkan... cuma tekan 'Cancel' je....

7. Lepas tu akan keluar lagi arahan suruh 'restart' komputer... JANGAN buat lagi!

8. Keluar lagi arahan “Are you sure you want to keep these unrecognized files versions?”... klik je 'Yes'...

9. Dah.... buleh la kalau dari tadi gatal tangan... dah buleh 'restart' dah @jelir

Kat bawah ni senarai laman web yang ada sediakan macam-macam jenis 'Visual Styles'... yang aku selalu masuklah... ada gak yang lain tapi malas pulak aku nak taip @siul

Customize.org
DeviantArt
CrystalXP
Getskinned.org

Tu je la kot... kalau rasa-rasa penah baca tutorial pasal ni kat tempat lain... yang lebih senang difahami, silakan la... lain orang lain caranya... saja nak berkongsi maklumat je. Lagipun bukan selalu aku buat entri. @setan
Giveaway of the Day
Giveaway of the Day
Every day we offer licensed software you'd have to buy otherwise, for free! Today's giveaway is Sax2.
Ax3soft Sax2 is a professional intrusion detection and prevention software (NIDS) which excels at real-time packet capture, 24/7 network monitor, advanced protocol analysis and automatic expert detection.

The program is available for $69, but is free for the visitors of shahrulhaikal.blogspot.com today.